Search This Blog

Friday, March 25, 2011

Rahim disoal siasat lima jam, video seks diserah Bukit Aman




KUALA LUMPUR, 24 Mac – Tan Sri Rahim Thamby Chik, salah seorang “Datuk T” yang mempertontonkan rakaman video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, telah diserahkan kepada polis hari ini.
Rakaman video itu diserahkan selepas Abdul Rahim memberikan kenyataan di Bukit Aman.
Bekas ketua menteri Melaka itu (gambar) berkata, beliau menyerahkan salinan asal video seks agar mereka dapat menentukan ketulenannya.
“(Video) itu boleh diperiksa oleh pakar forensik untuk melihat sama ada ia direka atau sebaliknya,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
“Kita boleh panggil pakar-pakar, malah dari FBI (Biro Siasatan Persekutuan) di Amerika, untuk menentukan ketulenan video,” kata beliau ketua Pemuda Umno ini.
Rahim berkata beliau berharap polis boleh mempercepatkan siasatan memandangkan ia penting bagi rakyat Malaysia mengetahui “aktor” dalam video itu.
Katanya, beliau juga menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa milik Anwar, bagi membuktikan identiti lelaki yang sebenar.
“Meskipun (Anwar) tidak mengaku (memiliki jam tangan), pakar forensik boleh menentukan sama ada jam tangan sebagai bahan bukti penting,” katanya.
Rahim disoal siasat selama lima jam sejak 5 petang tadi.

No comments: